Sindrom Yang Belum Terubat

"Please wake up that sleeping guy!!!" laung Dr Amal Mansour, salah seorang lecture subjek Biochemistry di Universiti Ain Shams.

MENGANTUK

kalau sahabat-sahabat semua nak tahu, 'that sleeping guy' tu merujuk kepada diri saya yg secara tidak sedar..tertidur ketika kuliah sedang disampaikan.that is the first day of the lecture..being a second year medical student.dlm masa yg sama,saya sedang sibuk membuat persediaan dalam menyambut kehadiran adik-adik pelajar baru dan saya meninggalkan mereka beraktiviti di Dewan Malaysia Abbasiah, Kaherah untuk melaksanakan tanggungjawab saya yg lebih penting sepanjang keberadaan saya di bumi Mesir ini.

ya..menjadi AJK pelaksana agak meletihkan tetapi walaupun letih..dia akhir program,secara jujurnya saya berpuas hati kerana setidak-tidaknya saya dapat memberikan sedikit sumbangan kepada adik-adik yg baru hadir di bumi Mesir ni utk memulakan sesi pengajian dlm bidang perubatan.

kepada junior yang baru sampai di bumi Mesir ni,kalau2 ada antara anda yg membaca blog saya ni..saya mohon maaf banyak-banyak kalau2 x dapat melaksanakan tugas dengan sebaiknya sepanjang menyambut kehadiran anda ke bumi yg penuh barakah ini.ye la..saya ditaklifkan sebagai Ketua Unit Disiplin & Protokol yang sememangnya diketahui umum..satu unit yg memang tidak disukai ramai..he3..tapi saya sudah cuba membawa pelaksanaan yang santai dlm menjalankan tugas saya.tak ketat sangat kot disiplin dari saya..

menyentuh isu di atas..ya,sememangnya saya mempunyai masalah yg boleh dikatakan menghantui saya sejak form 1 lagi iaitu..MENGANTUK!!!

comel baby ni..

ketika di Maahad Tahfiz Al-Quran Tengku Ampuan Afzan (2003-2005), saya memang tidak lepas dari sindrom mengantuk ni.saya masih ingat lagi ketika sedang mengaji..ketika itu dalam keadaan duduk.kami semua akan mengaji seperti biasa dari sebelum subuh, kemudian berhenti rehat untuk solat Subuh dan menyambung semula sehingga matahari terbit dan begitulah perjalanannya setiap hari.

seperti biasa..kami akan mengambil tempat masing.kami mengaji secara bersila dan terdapat 1 rehal yg meja mini di hadapan sebagai tempat untuk melatakkan Al-Quran.pada kebiasaanya..tidak sampai 15 minit masuk ke kelas,saya akan mula rasa mengantuk dan diikuti dgn aksi tersengguk-sengguk.hendak dikatakan tidak cukup tidur,pukul 11 malam kami sudah masuk tidur dan saya memang memilih untuk tidur awal.ketika itu,jadual tidur saya masih lagi tersusun dan akan bangkit pada pukul 4.30 pagi.alhamdulillah..tapi ketika itu la..sekarang ni macam dah susah untuk melaksanakan jadual seperti itu.

bila dah tersengguk-sengguk tu..biasanya kelibat rotan atau objek-objek yg tidak diundang akan singgah ke kepala atau badan saya.saya masih ingat lagi pengalaman dirotan oleh ustaz saya,Ustaz Khaidir Aman disebabkan tidur ketika mengaji.sehingga sekarang saya tidak boleh lupa kenangan dilontar objek2 seperti pemadam,gugusan kunci2 dan macam lagi oleh guru Al-Quran saya..Ustaz Ahmad Baha' dan beberapa orang ustaz lagi..

bila dah tertidur ketika mengaji secara duduk,ustaz akan meminta saya untuk berdiri..mengaji dalam keadaan berdiri pula.tetapi alangkah malangnya..saya tetap boleh tertidur ketika mengaji dalam keadaan berdiri sehingga hampir rebah.ustaz2 saya ketika itu menyuruh saya turun ke bawah untuk memperbaharui wudhu' kemudian bila naik semula ke kelas mengaji..selang beberapa minit mengalunkan Al-Quran..saya masih mengantuk dan tersengguk dan begitulah keadaannya yang berterusan sehinggalah saya berada dlm form 3 iaitu tahun terakhir saya di MTAQTAA.malah pernah sekali saya tertidur ketika sedang tasmi' (memperdengarkan) hafazan saya di hadapan ustaz.mereka semua seakan sudah surrender dan dah habis cara untuk menghalang saya tidur di dalam kelas mengaji..hu3..kesian kat ustaz2 semua

tetapi alhamdulillah..walaupun dlm keadaan mengantuk saya yg amat teruk tu,saya tidak putus2 mengucapkan terima kasih kepada ustaz2 semua kerana tidak jemu2 melontar pemadam,melibas belakang badan dan peha saya dengan rotan ustaz yg amat bez (sampai sekarang saya rindu rotan tu),meminta saya berdiri,ketuk ketampi,push-up dan macam2 lagi la.saya rindu dengan suasana tu semua.alhamdulillah..saya memperoleh beberapa siri kejayaan yg puncanya tidak lain..berkat doa drp ustaz2 semua..kesabaran ustaz2 dlm mendidik saya

beralih dalam kelas akademik di MTAQTAA pula..begitulah juga keadaan saya.dlm kelas cikgu mana yang saya tak pernah tidur.teruk bunyinya kan??tp itulah hakikatnya.sehinggakan nama saya disebut dlm mesyuarat guru2 di MTAQTAA..'seorang pelajar yg selalu tidur dalam kelas'..

kepada semua ustaz dan cikgu di MTAQTAA..saya memohon maaf dengan sikap yg saya sendiri x boleh nak kawal ni.di akhir kelas..saya sering memohon maaf kepada ustaz2 dan cikgu2 semua...sehingga kini,permohonan maaf tu masih ingin saya ungkapkan..

menjengah ke alam menengah atas..saya ditawarkan untuk meneruskan pembelajaran saya di Maktab Rendah Sains MARA Kuala Berang, Terengganu..alhamdulillah.dan masih begitulah keadaan saya.seingat saya..kelas cikgu mana yg saya x pernah mengantuk dan tertidur.percayalah sahabat2..sesungguhnya rasa mengantuk saya tu bukanlah voluntarily happened tp truly involuntary..hu3.saya masih ingat salah seorang cikgu saya..begini lebih kurang dialognya

situasi : guru2 berborak sesama mereka

"cikgu F boleh tolong pass barang ni kat akmal tak?"

"akmal mana tu cikgu M?"

"cikgu F x kenal ke akmal?ala..akmal yg ngantuk tu la.."


hmm...sampai macam tu sekali saya dimasukkan dalam perbualan mereka.di MRSM Q-Ber..sememangnya saya sangat letih dengan suasana di asrama MRSM.ke kelas sehingga pukul 2.15 petang,turun prep pada pukul 3.15 petang sehingga asar.petang turun riadah..main bola dan sebagainya..malam pula prep lagi..begitulah suasana asrama.tambahan pula,saya memegang jawatan yg agak tinggi dalam badan kepimpinan pelajar ketika itu.secara tidak langsung..agak memenatkan.saya masih ingat..aksi tersengguk saya diiringi dengan ucapan tasbih oleh cikgu yg mengajar kelas saya ketika itu..lucu bila ingat semula..

melangkah ke alam program persediaan ke timur tengah di International Education Centre (INTEC),begitulah juga keadaan saya.masih tidak dapat mengatasi sindrom mengantuk yg bagi saya..amat teruk.tidak sampai setengah jam lecture bermula..saya sudah mula menguap dan memejamkan mata.

menjejakkan kaki ke bumi kinanah ini..dialog pembuka kata di atas sudah cukup untuk menceritakan bahawa keadaan itu tidak pernah berubah sehinggalah saat ini.dah melangkaui 2nd year pengajian dlm bidang perubatan pun masih belum mampu mengawal sindrom mengantuk ni.

secara jujurnya..saya memang senang terlena.pantang kepala dlm keadaan selesa sikit..dah boleh 'jalan'.

CARA PENYELESAIAN

pelbagai cara saya dah buat utk memastikan saya segar dlm kelas dan kuliah pengajian.tidur yg cukup - saya dah usaha utk tidur awal dan dlm lingkungan waktu yg mencukupi iaitu 6-8 jam tp ternyata..tetap tidak berhasil.

tanamkan minta yg mendalam dan fokus ketika kuliah - saya sememangnya sangat meminati bidang saya ketika ini dan saya telah cuba utk fokus ketika sesi kuliah berlangsung.namun..malangnya saya tetap mengantuk dan akhirnya terlentoq.

membuat catatan - telahpun saya usahakan dan akhirnya pen dan buku terlepas dari genggaman dan terjatuh ke bawah..

minum kafein (kopi @ nescafe) - sudah diusahakan tetapi tetap mengantuk di hujung jalan.

makan gula2 - sudah dimakan tetapi hasilnya..tertelan gula2 dlm keadaan x sedar.tengok2..gula2 dah tiada lagi di dalam mulut..

berdiri - seperti yg saya katakan di atas td..saya mampu utk tertidur dlm keadaan berdiri

berdoa kepada Allah - setiap hari saya berdoa kpd Allah agar saya tidak lagi mengantuk ketika dlm kuliah pengajian namun setiap hari jualah saya masih lagi mampu utk mengantuk dan tertidur..saya mohon kepada Allah agar mengurniakan hikmah di sebalik ujian yg Dia bagi kpd saya ni..

sesungguhnya..saya sangat dan amat2 risau dengan keadaan ni sehinggakan saya tergerak utk menulis tentangnya di laman blog saya.tidak berniat untuk menyarankan sahabat2 agar turut tidur ketika waktu kuliah.cuma..sekadar perkongsian.manalah tahu..sahabat2 ada cara tersendiri yg boleh dikongsi bersama..

TERKILAN

dalam menulis entri mengantuk kali ni..sebenarnya saya sangat2 terkilan kerana tidak dpt megikuti Majlis Pembacaan Kutub Sittah yg dianjurkan oleh Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).satu majlis ilmu yg menghimpunkan ulama2 besar di Mesir.tujuannya tidak lain..memperdengarkan himpunan hadis dan kalam Rasulullah S.A.W yg mulia.dlm masa yg sama..kuliah perubatan sudahpun bermula.sempat saya mencipta beberapa ungkapan dan kata2 utk mengubati hati ni..

"hendak mengatakan frust dgn takdir dunia untukku..di dalamnya la akan ku lalui kehidupan sehingga aku mati.hendak mengatakan aku sudah berpuas hati dgn nikmat ilahi..masih ada yg aku ingini belum termakbul.adakah kepuasan hakiki dicapai dgn hanya semua kemahuan individu itu dipenuhi?atau kepuasan yg hakiki itu bergantung kpd sejauh mana tahap individu itu redha dgn hajat yg tidak tertunai atau belum dimakbulkan oleh Allah.."

"ya Allah..sungguh aku x berdaya menjadi pengemis dlm lautan nikmat & kurniaMu.maka bagaimana pula nasibku seandainya aku fakir jika kenikmatanMu tandus & kemarau terhadap aku..jadikanlah aku hamba yg bersyukur & sentiasa berbudi kepadaMu"


"sudah agak kurang diri ini dipertemukan dgn para ulama'..yg mampu menjernihkan kembali kekeruhan tona sang hati..dek kesibukan melayan kerenah duniawi..kerja itu & ini.kalam ulama' & majlis ilmu itu penyejuk hati..mendamaikan jiwa di tengah2 kekalutan ribut melanda"


rangkuman penuh Majlis Pembacaan Kutub Sittah boleh dibaca di sini

akhir kalam..berbekalkan hadis Rasulullah S.A.W yg bermaksud..

"setiap penyakit itu ada ubatnya"

moga saya akan berjumpa penawar bagi sindrom yg belum terubat ini..

Nota Hati Seorang Lelaki

Izinkan lelaki itu pergi
Walau kakinya terpasung luka
Walau hatinya tercalar bisa
Izinkan dia melangkah jua

Tangismu tidak dia lupakan
Bukan dia tega
Bukan dia rela
Tetapi dia terpaksa..
Izinkan dia pergi jua

Di hatinya ada wahyu yang merayu
Di situ tidak pernah ada tunggu
..walau terjerat,walau terikat
Dia mesti pegi jua

Ah,genderang itu telah berbunyi
Dia terpaksa pergi
Jangan kau tunggu lagi
Mari pergi bersamanya
Walau terseksa..lelaki itu kan pergi jua!


Nota Hati Seorang Lelaki - Ust Pahrol Mohd Juoi

Ramadhan dan Syawal 1430

assalamualaikum warahmatullah..

sudah berhabuk bersawang blog ini saya tinggalkan.kat mesir ni..nama je cuti tapi tetap sibuk dengan gerak kerja.alhamdulillah..masa yg terluang diisi dgn gerak kerja persatuan dan pengisian program yg dianjurkan oleh pelbagai pihak.semoga Allah meredhai dan memberkati usaha dan amalan yg kita semua lakukan..

RAMADHAN

alhamdulillah..sekarang kita telah menginjak ke bulan Syawal.sudah lebih separuh Syawal kita lalui dan lebih kurang tempoh itu jugalah kita meninggalkan madrasah Ramadhan yg sudah pasti meninggalkan 1001 kemanisan bagi hamba2 yg amat mendamba penggandaan kurniaan dari Allah Taala.

bagi saya..Ramadhan kali ini sangat2 bermakna walaupun saya tidak berkesempatan utk pulang ke tanah air..melalui detik2 berpuasa,berbuka dan bersahur bersama keluarga.tetapi tidak mengapa..Ramadhan di Mesir pun apa kurangnya.alhamdulillah..Ramadhan kali ini amat berbeza drp Ramadhan yg saya lalui 18 tahun sebelum ini..

melalui puasa kali di bumi Mesir kali ini sungguh menguji kekuatan diri.mana tidaknya..berpuasa di musim panas yg siangnya lebih panjang daripada malam.kepanasan siang pula..masyaAllah..mereka yg puasa kat Mesir je tahu betapa panasnya..hu3.alhamdulillah..saya diberi kekuatan oleh Yang Maha Kuat utk menyempurnakan sebulan puasa di bulan Ramadhan.


bulan Ramadhan baru-baru ni juga..syeikh Al-Quran saya di Mesir ni,Syeikh Abdul 'Azim Syaaban meminta saya dan kami anak2 muridnya supaya menggandakan kekerapan utk datang talaqi bacaan dengannya.kalau sebelum ini 2 kali sahaja seminggu tp utk Ramadhan..beliau meminta kami utk datang berkunjung ke rumahnya 4-5 kali seminggu.beliau berpesan..'Ramadhan merupakan bulan Al-Quran.dimuliakan Ramadhan kerana Al-Quran diturunkan di dalamnya.sewajarnya bagi kita umat Islam untuk lebih mengagungkan Al-Quran dan lebih memperuntukkan masa utk bersama dengannya sepanjang masa.

syeikh juga turut mengadakan haflah iftar utk kami dan rakan2.beliau berpesan kpd kami supaya mengajak beberapa org utk turut hadir memeriahkan majlis iftar beliau.tida pula gambar yg sempat di'snap' ketika iftar bersama syeikh tapi memang ramai la yg datang.syeikh 'Azim ni seorang yg sangat bermurah hati.di akhir iftar,beliau akan memberikan LE 10 kepada setiap tetamu yg hadir.bayangkan sahaja kalau 200 atau lebih tetamu yg hadir.

sikap pemurah rakyat Mesir dapat dilihat dengan jelas sepanjang bulan Ramadhan.ketika itulah kita akan dapat mengetahui betapa kayanya rakyat Mesir.kalau di kota Kaherah,boleh dikatakan *Maaidaturrahman mengihiasi setiap lorong jalanraya.bukan satu..bahkan dua,tiga atau lebih.di masjid2 juga terdapat Maaidaturrahman.bagi mereka yg berhajat utk berbuka free setiap hari ataupun tidak sempat memasak juadah berbuka..bolehlah berkunjung ke Maaidaturrahman ni.


* gelaran utk jamuan yg disediakan oleh golongan2 tertentu utk iftar bagi sesiapa sahaja.hanya terdapat dlm bulan Ramadhan sahaja.

menyentuh soal solat tarawih pula..bertarawih di Mesir memang tiada bandingan.saya sering berkunjung ke Masjid Salam,salah sebuah masjid yg berhampiran dengan rumah saya di sini.dan apa yg menarik tentang masjid ni..imam yg mengimamkan solat tarawih mengalunkan bacaannya penuh syahdu.seringkali makmum teresak-esak menangis menghayati makna yg tersirat di sebalik ayat ditambah dengan kasyahduan bacaan si imam.saya merasa sedikit terkilan dek keterbatasan saya di dalam penguasaan bahasa arab..apatah utk menghayati,memahami ayat-ayat Al-Quran pun belum tentu.menitis juga air mata..bukanlah kerana menghayati..sebalinya mengenang nasib diri yg masih belum mampu memahami keindahan uslub kalam Allah yg mulia..

Ramadhan kali ini juga telah mentakdirkan saya utk bertemu seorang syeikh arab Mesir yg mulia.melihat raut wajahnya sahaja sudah meruntun hati.secara jujurnya..saya jatuh cinta pandang pertama dengannya.beliau ialah..Syeikhuna Dr. Yusri Rusydi As-Sayyed Jabar Al-Hasani.beliau merupakan salah seorang pakar bedah terkemuka di Mesir dan dalam masa yg sama merupakan seorang ulama' hadis yg sgt 'alimd dan tawadhu' yg turut mengajar dan mencurahkan ilmu di Masjid Al-Azhar As-Sharif.saya sangat berterima kasih kepada beberapa orang guru saya di sini iaitu Ustaz Manan,Ustaz Fahmi,Ustaz Syukri dan Ustaz Nazrul kerana telah memperkenalkan saya dengan Syeikhuna Dr Yusri.berkebetulan pula,hampir semua malam separuh Ramadhan terakhir saya di sini,saya sempurnakan di Masjid Al-Ashraf (masjid milik Syeikh Yusri) dan dapat mengikuti sesi kuliah beliau.yang menariknya..sejumlah 20 rakaat tarawih ditunaikan di masjid ini dan sebanyak 3 juz akan dihabiskan setiap malam (1 hizb setiap rakaat) dan dibacakan mengikut qiraat2 sahih.selang antara 10 rakaat..beliau akan memulakan kuliah beliau iaitu kitab Bahjah An-Nufus yg dikarang oleh Syeikh Ibnu Abi Jamrah..merupakan kitab Syarh Mukhtasar Sahih Bukhari (kalau salah..minta betulkan).untuk 10 malam terakhir..syeikh akan cuba menghabiskan solat tarawih pada pukul 12 tengah malam dan menyambung pula dengan solat tahajud dan qiyamullail pada pukul 1 pagi.qiyamullail akan tamat sekitar jam 3.30 pago untuk memberi laluan kepada jemaah utk bersahur yg juadahnya di'sponsor'kan oleh syeikh sendiri.hidangan arab Mesir seperti 'Isy Biladi yg dicicah dengan kacang ful,salatah,jeruk zaitun dan beberapa manisan..cukup utk mengalas perut sehingga waktu berbuka.pengisian seterusnya diisi setelah selesai menunaikan solat Subuh.syeikh akan membacakan kitab Tuhfatul Ahwazi bi Syarhi Jami' At-Tarmizi yang dikarang oleh Imam Abdur-Rahman Mubarakpuri.alhamdulillah..saya merasakan detik-detik terakhir Ramadhan bersama Syeikhuna Dr Yusri cukup bermakna.seakan-akan tidak mahu berpisah dengan Ramadhan yg mana baru pertama kali saya merasakan penglaman sebegini indah.hendak dikatakan saya memahami isi kuliah yg disampaikan..tidak juga.cuma..itulah pengalaman yg tidak dapat nak diungkapkan dengan ekspresi kata..alhamdulillah

1 syawal di Masjid Al-Ashraf bersama syeikhuna Dr Yusri

Ya Allah..terima kasih kerana telah mentaqdirkan aku untuk beroleh kenangan2 manis yg sangat berharga bagi Ramadhan 1430h.maka..berkatilah amalan2ku,rahmatilah setiap usaha dan titik peluhku agar tidak sia2 dengan sekadar beroleh lapar dan dahaga..panjangkan usiaku utk beroleh Ramadhan yg seterusnya..Allahumma Ballighni Ramadhan..

SYAWAL

malam 1 Syawal yg cukup syahdu.sy berhajat utk menghubungi keluarga.jam di Mesir menunjukan pukul 12.45 pagi dan di Malaysia pula pukul 6.45 pagi.dan bermulalah adegan pagi Syawal yg saya kira paling sayu dalam sejarah raya saya sepanjang 19 tahun meraikannya.sehinggakan saya publish beberapa kata2 di laman facebook..

'belum pernah naluri lelaki ini merasa sebegini sebak di idulfitri..mendengar suara umi abah dan kaum keluarga..bermaafan hanya di hujung telinga..'


'ketibaan syawal yg cukup menggamit kerinduan kepada keluarga tercinta di tanah air..menangisi pemergian ramadhan yg tidak dipinta..moga dipertemukan Allah dgn ramadhan seterusnya..taqabbalallahu minna wa minkum'


saya pun tidak menjangka yang saya akan turut menangis bersama umi abah di hujung telefon.entahlah..sayu benar rasanya idulfitri kali ni.benarlah..jauhnya jarak tidak sesekali merenggangkan ikatan kekeluargaan malah seringkali melintas di dalam ingatan dan doa..agar orang tersayang diredhai dan dirahmati Allah.apa2 pun..terima kasih umi abah kerana memahami reason kenapa along tidak pulang beraya tahun ni.kalau umi abah baca post ni..along harap umi abah dapat maafkan along andai ketidakpulangan along beraya tahun ni mengguris hati umi abah.benar..Ramadhan kali ni cukup bermakna bagi along dan along tahu kalau along pulang..kepulangan itu turut bermakna bagi umi abah dan keluarga.seperti kata umi abah..menuntut ilmu turut menuntut pengorbanan.perpisahan sementara kita sekeluarga juga satu pengorbanan.hanya dengan doa,izin serta restu umi abah mampu mengukuhkan lagi langkah along di bumi ilmu ini..

beberapa gambar idulfitri di Mesir..ramai juga orang Malaysia di sini..

bersama mad shamirul yg poyo

warga tua dan warga muda..he3

kami yg tidak pulang beraya

rakyat malaysia berkumpul di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah, Mesir

terima kasih kepada pihak Kedutaan Malaysia Kaherah (KBMK) kerana telah menganjurkan sambutan idulfitri di sini.terima kasih juga kepada Badan Kebajikan Mahasiswa/wi Islam Pahang (BKMIP) dan beberapa lagi Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) yg lain kerana telah menyajikan juadah raya yg sedap2 dan menyebabkan saya tidak memasak sehingga hampir separuh Syawal..he3.tidak lupa juga kepada Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) yg telah menganjurkan sambutan idulfitri yg diberi nama HATI.meriah sungguh..makanan pula sedap dan banyak.semoga hati2 kita ditautkan oleh Allah di bawah lembayung redhaNya..

Satu Fikrah..Satu Amal..

Bingkisan Summer Break

assalamualaikum warahmatullah..

diharap kepada sahabat2 semua dirahmati Allah Taala walau di mana jua berada.alhamdulillah..hari ni kita telahpun mencecah tanggal 17 Ramadhan 1430 bersamaan 7 September 2009.sungguh pantas masa berlalu.jika dicampur dgn dua hari yg akan datang..maka genaplah setahun keberadaan sy di bumi Mesir yg penuh barakah ini.seakan baru semalam bersalaman dgn ahli keluarga dan kaum kerabat di KLIA tp hakikatnya..telahpun setahun sy berpish dgn mereka.umi, abah, adik2 semua..sungguh,hati dan jiwa ini sangat rindu kpd anda semua.perpisahan sementara ni x pernah sedikitpun melonggarkan ikatan kekeluargaan antara kita.semakin lama semakin bertambah rasa sayang along kepada semua.along tidak pernah lupa mendoakan agar ikatan kekeluargaan dan kebahagiaan yg kita kecapi ini dpt kita sama2 teruskan sehingga ke akhir hayat..dgn izin Allah Taala..

SUMMER BREAK

cuti musim panas sudah mahu melabuhkan tirainya.x sampai sebulan dari sekarang..kuliah di Universiti Ain Shams utk pengajian sesi 2009/2010 akan bermula.sungguh..summer break yg dilalui di Mesir ni bez juga.alhamdulillah..byk program yg dianjurkan dan sy berpeluang utk menyertainya.

Bazaria Sri Makmur

bagi saya yang bernaung di bawah Badan Kebajikan Mahasiswa/wi Islam Pahang (BKMIP), sudah tentulah saya terlibat secara langsung dgn program2 yang dianjurkan.untuk Bazaria Sri Makmur,saya telah ditaklifkan sebagai Ketua Unit Pameran dan Pertandingan.buat julung-julung kalinya..pelajar jurusan perubatan terlibat secara langsung sebagai AJK pelaksana yang sebelum ini hanya melibatkan ustaz2 dan ustazah2 jurusan pengajian Islam.alhamdulillah..gabungan antara kami menghasilkan gerak kerja yg cukup mantap bagi saya dan saya sangat berharap agar sinergi seperti ini dapat diteruskan lagi utk masa2 akan datang.baca cerita selanjutnya di sini

Kejohanan Bola Sepak Piala Malaysia

jangan ingat di Malaysia sahaja ada kejohanan Piala Malaysia.kat Mesir ni pun ada..he3.kejohanan ni dianjurkan oleh Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).untuk Piala Malaysia ni..saya mewakili pasukan negeri Terengganu.kenapa yea?di sini saya juga merupakan ahli bersekutu Keluarga Penuntut Terengganu (KPT).mereka terlebih dahulu 'melamar' saya utk bermain dalam pasukan mereka.bunyi macam star je kan?apa2 pun..terima kasih kepada PMRAM kerana menganjurkan kejohanan ni.ustaz2 di mesir ni bukan sahaja alim dalam ilmu agama malah turut handal di atas padang..he3..


rangkuman keseluruhan tentang kejohanan tersebut di sini

sebenarnya ada banyak lagi program yg dianjurkan di Mesir ni bagi mengisi cuti musim panas.saya sekadar menyebut beberapa program yg besar dan yg sempat saya sertai.seterusnya ialah Ekspo Gempak PMRAM 09 (EGP 09).ekspo ni diadakan sempena sambutan kemerdekaan kali ke-52.walaupun kami jauh di perantauan..suasana kemerdekan tetap dirasai cuma apa yang berbeza..PMRAM menganjurkannya lebih awal namun tidak mengapa.kemeriahannya tetap dirasai.

untuk EGP 09 ni,saya mewakili negeri Pahang dlm pertandingan bola tampar dan alhamdulillah..kami berjaya memperoleh tempat ketiga keseluruhan.sempat juga saya join pertandingan nasyid tapi Pahang kurang bernasib baik tahun ni..hu3..

itu antara beberapa program mega yg saya sempat sertai.sebenarnya banyak lagi..sekadar menyatakan beberapa.

EVENT2 PENTING

ramai sahabat di Malaysia yg bertanyakan sebab mengapa saya tidak pulang bercuti sedangkan cuti summer sangatlah lama tempohnya..3 bulan.da sibuk 9 bulan tumpu untuk kuliah..kenapa la time cuti x pulang berehat di Malaysia dan memanfaatkan masa bersama keluarga tercinta.ada juga yg mengusik..saya yg menguruskan tiket2 penerbangan sahabat2 tapi saya pula yg x balik.

hmm..benar.saya sangat2 merindui keluarga saya.sebelum mengambil keputusan utk tidak pulang bercuti tahun ni..saya terlebih dahulu meminta izin daripada umi abah.agak berat juga memandangkan abah jatuh sakit tahun ni dan boleh dikatakan umi yg banyak menguruskan perihal rumahtangga.abah telahpun sembuh dan sudah boleh ke pejabat tapi tidak mampu utk bergerak terlalu banyak.keizinan telah diberi sehinggalah tiba satu saat baru2 ini..saya terjaga daripada tidur dan didatangi rasa bersalah yg amat sangat.sewajarnya saya pulang..menghantar dan menjemput abah dari pejabatnya,menemani umi yg keseorangan bertemu klient2nya,menjaga adik2 dan menguruskan perihal keluarga di rumah.tidak semena-mena..saya terus menelefon umi di Malaysia dan menceritakan keluh kesah saya di sini.

kata2 dari seorang ibu benar2 dapat menenangkan hati yg sedang dirundung keresahan.umi berpesan..

'umi faham..along tidak pulang kerana ingin menuntut ilmu Allah yg mana itu juga merupakan impian umi dan abah.along menuntut ilmu itu drp para ulama' yg mewarisi ilmu2 itu daripada Rasulullah S.A.W yg hanya melalui cara berdamping dengan mereka..along akan mampu memahami hukum hakam dan sunnatullah,mengenali Rasulullah S.A.W dan seterusnya mengenali Allah dgn lebih mendalam.hanya orang yg kenal dgn lebih mendalam mampu menzahirkan rasa cinta dan sayang yg luar biasa kpd barang yg dikenalinya.biarkanlah rasa rindu ini menjadi baja yg dapat menyuburkan harapan dan impian kita bersama.nanti kalau balik sini..bolehlah bercerita dan sampaikan kpd umi abah pula.jangan sia2kan peluang yg ada.timbalah ilmu dan raihlah keberkatan dari para ulama' di sana..'

saya amat tersentuh dgn kata2 umi..kalaulah umi di depan mata,pasti saya peluk semahunya.sudah lama tidak berada dalam pelukan keramat umi dan abah..

hanya restu dan doamu membawaku kpd haruman wangian syurga

ya..benar.peluang 'menikmati' musim panas di sini amat menyeronokkan.bercerita tentang musim panas..tidak dinafikan bahawa waktu siang di Mesir sangat2 panas terutama antara pukul 11 pagi sehingga 3 petang.bagaikan matahari betul2 memancar di atas kepala.waktu malam pula boleh dikatakan agak dingin dan berangin.ada juga senior yg mengatakan bahawa tahun ni merupakan summer yg agak Extra darjah kepanasannya..he3..

KELAS TAFAQQUH

alhamdulillah..banyak kelas pengajian yg dianjurkan oleh golongan pencinta2 ilmu di Mesir ni.bagi saya yg masih kurang berkemampuan untuk menguasai dan memahami bahasa arab,saya memilih untuk pergi ke kelas2 tafaquh yg disampaikan oleh ustaz2 melayu.antaranya Ust Syed Abdul Qadir Al-Jufri,Ust Nazrul,Ust Hairul Nizam,Ust Fahmi,Ust Syukri dan ramai lagi (sekadar menyebut beberapa nama).bila berada di dalam majlis ilmu bersama mereka,saya merasakan diri saya sangat kerdil jika mahu dibandingkan dgn keilmuan dan kefahaman mereka di dalam ilmu agama.bila berdamping dengan mereka..saya sempat bertanyakan mngenai kesungguhan dan usaha mereka dlm menuntut ilmu.dan ternyata..tiada perbezaan dlm jawapan2 mereka melainkan minat yg mendalam dan usaha yg bersungguh-sungguh utk memperoleh ilmu pengetahuan.

BERSAMA HABIB ALI AL-JUFRI

2 hari sebelum Ramadhan bermula,bumi Mesir telah dikunjungi oleh Habib Ali Al-Jufri yg merupakan keturunan Rasulullah S.A.W.majlis bersama beliau telah diadakan di Sahah Yamaniyyah..berhampiran dgn Kampus Universiti Al-Azhar di Husin.alhamdulillah..saya sempat bersalaman dan mengucup tangan serta menyentuh tubuh beliau yg mulia.beliau sentiasa tersenyum dan raut wajah beliau sungguh jernih dan menyejukkan mata memandang.



hmm..agak terlambat sebenarnya saya update ni.insyaAllah..dlm entri lepas ni saya akan bercerita pula tentang suasana ramadhan di bumi Mesir.tidak banyak yg dapat dinukilkan memandangkan masa banyak dihabiskan di luar rumah berbanding di hadapan laptop..he3..semoga Allah memberkati masa yg telah dilalui,yg sedang saya lalui dan yg saya akan lalui..amin..

Persoalan Sebuah Jawapan

assalamualaikum warahmatullah..

baru-baru ini dan sebelum ini..sy selalu diajukan satu soalan atau berbagai-bagai bentuk soalan yg membawa kpd makna yg sama.utk soalan-soalan ini..sy mengakui sy bukanlah ahli yg betul2 mampu utk menjawabnya dgn sempurna memandangkan sy belum lg menempuhnya apatah utk memberikan satu jawapan yg mampu memuaskan hati si penanya.soalan2 seperti ini telah banyak diulas oleh ustaz2 dan ustazah2 di laman blog masing2.begitu juga sekian ramai pakar2 motivasi seluruh negara yg telahpun menjawab soalan ini dgn penuh berhikmah.namun..bg golongan yg berada di usia akhir remaja dan awal dewasa,seolah-olah tidak ketemu jawapan.timbul beberapa persoalan.adakah mereka telah mengetahui akan jawapannya,barangkali tidak menemui jawapan yg memuaskan hati lantas disoal pula kepada org lain sehingga ketemu jawapan yg diinginkan?ataupun mereka telah mengetahui tetapi saja2 nak tambahkan pengetahuan dan mematangkan fikiran(alhamdulillah)?ataupun sekadar mahu menguji dan membanding-bandingkan jawapan drp org yg disoal?entahlah..

apa soalan2 mereka tu yea?

1. bagaimana hendak menjaga perhubungan antara lelaki dan perempuan?
2. kalau dah bercinta..bagaimana nak menjaga ikhtilat sebelum menjengah ke alam pernikahan?
3. kalau dah x berkenan kpd pasangan..macam mana nak bagitahu dgn cara yg terbaik supaya pasangan tidak kecil hati dgn keputusan kita sedangkan di hati masih ada sayang (chewah)?
4. bagaimanakah bercinta menurut lunas2 islam?

dan pelbagai lg jenis soalan yg membawa kpd maksud yg sama.sy mengakui sy bukanlah ahli utk menjawab soalan2 seumpama ni tp rakan2 dan sahabat ramai pula yg bertanya yg kadang2 menyebabkan sy pula syok sendiri.rasa seperti sudah berkahwin pula.seperti yg telah sy perkatakan di atas..rata2 soalan sebegini telah kerapkali ditanya kepada intelektual2 terkemuka seluruh negara di laman blog masing2,buku2 ilmiah malah ada yg telah dinovelkan dan sebagainya.

tidak kurang juga ada yg beralasan..mahu bertanya sendiri one by one.mungkin lebih banyak yg boleh ditanya dan sebagainya.ada juga yg mahu bertanya direct..mungkin lebih detail yg boleh dicerita tp apa2 pun..sy memuji usaha2 sahabat2 kerana tidak putus2 dlm mencari kebenaran dlm usaha utk melihat hubungan yg dibina dlm redha Allah Taala.

sy sendiri pernah bertanya kpd salah seorang guru sy, Ustaz Ahmad Baha' namanya,ttg perkara2 seumpama ini.dan sy disoal semula oleh beliau, "takde perkara lain yg lebih penting ke yg nta nk tanya ustaz?cam masalah fiqh ke,ibadah,study dan sebagainya." sy yg agak blank ketika itu x mampu nak jawab soalan itu.beliau tersenyum lalu menjawab..

"Dalam peringkat umur seperti nta ni,perkara ini merupakan perkara yg biasa difikirkan oleh remaja2.dgn hormon yg berapa nak stabil,baru nak mengenal dunia dan alam sesudah alam persekolahan,dunia yg pergaulannya tidak terjaga dan tidak bersempadan..ini ialah perkara biasa yg difikirkan oleh para remaja biasa yg sudah pasti tahap pemikiran mereka pd level biasa sahaja.nta x rasa rugi ke sekadar menjadi remaja biasa yg level pemikirannya hanya pd tahap biasa sekaligus memikirkan masalah yg biasa2 dilalui oleh remaja2 lain?"

sy terkedu sambil menelan air liur yg x berapa nak manis.masih belum memahami maksud beliau.terus..beliau menyambung lagi..

"nta x mahu jadi remaja seperti Saiyiduna Ali k.w yang pada usia remajanya..membuak-buak semangat utk berjihad menegakkan kalimah Allah di muka bumi..tidak gentar bertingkah pedang dgn musuh yg jauh lebih gagah dan handal?nta tiada impiankah utk menjadi seperti Rasulullah yg pada zaman remaja baginda S.A.W..baginda telah sibuk mengikuti bapa saudaranya Abu Talib dlm menguruskan urusan perniagaan?nta x pernah bermimpikah utk menjadi seperti Anas bin Malik yg sejak umur 10 tahun telah menjadi khadam kepada Rasulullah S.A.W lantas memudahkan urusan kehidupan baginda sekaligus perjuangan Islam?nta xnak ke mencontohi Imam As-Syafi'i yg ketika usianya sebaya nta..telah mampu mengeluarkan fatwa dan menjadi seorang al-mujtahid serta telah mula mengajar ilmu2 Islam kpd masyarakat sekitar beliau?"

sy mula memahami serba sedikit makna di sebalik kalam beliau.beliau terus menyambung..

"nah..sekarang bagaimana?adakah nta masih mahu menyoal soalan2 itu kpd ustaz?ataupun nta sudah menemui jawapannya?"

sy bermonolog di dalam hati..'lain yg aku tanya,lain pula yg ustaz jawab'.tp tidak mengapa..sy cukup2 berpuas hati dgn 'soalan2' beliau walaupun apa yg sy inginkan hanyalah sekadar satu dua jawapan.

apa yg sy boleh simpulkan dari jawapan yg berbentuk soalan dari beliau ialah..

sy faham..ustaz bukan tidak mahu menjawab soalan2 sy.ustaz cuma tidak mahu melihat sy menjadi seperti remaja2 biasa yg lain yg biasa-biasa sahaja corak dan tahap pemikirannya sedangkan potensi seorang remaja itu jauh lebih besar dari sekadar terpengaruh dgn gangguan2 hati seperti ini dan sekiranya digilap..sinar itu mampu menyuluh segenap semesta.teladan yg baik telah ditunjukkan oleh tokoh2 Islam yg mempunyai kisah2 remaja mereka yg tersendiri.bukan mereka tidak pernah melalui zaman remaja tp lihatlah bagaimana mereka mengacu zaman remaja yg mereka lalui dan kita boleh lihat sendiri hasilnya pd zaman sekarang..nama2 mereka masih disanjung.khidmat bakti mereka terus dijadikan sbg sebutan utk dijadikan contoh.jika dilihat perjalanan kehidupan mereka..adakah mereka ada masa utk memikrikan hal2 remeh seperti ini?pernahkah sejarawan yg menukilkan kisah2 mereka mencatat bahawa mereka pernah dilamun cita di zaman remaja lalu berjaya dengan percintaan dan keilmuan mereka?tidak..sama sekali tidak dan tidak pernah.mereka mengetahui apa yg perlu diletak di hadapan dan diutamakan terlebih dahulu dan itulah yg mereka kejar..(boleh rujuk kitab Sofahat Min Sobril 'Ulama.. karangan Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah yg menceritakan kisah hidup ulama' yg memperkayakan diri dgn keperluan2 yg lebih penting)

Imam An-Nawawi rahimahullahu taala..menuntut ilmu dan sentiasa dahagakan pengetahuan..tidak berkahwin sehingga ke akhir hayat beliau.bkn tidak mahu berkahwin dan menjejaki sunnah baginda S.A.W tp begitulah sikap ulama' yg sgt2 mendahagakan ilmu sehingga tidak sempat memikirkan urusan2 dunia.sy tidak mengatakan bahawa bercinta itu perkara yg remeh kerana tanpa cinta dan kasih sayang..sudah pasti tidak wujud manusia yg berlainan jantina,tumbuh-tumbuhan dan haiwan sebagai rezeki,awan,hujan serta air sbg rahmat dan sebagainya.bahkan kita juga tidak akan wujud tanpa cinta dan kasih sayang dari ibu bapa kita (dgn izin Allah Taala).sekadar ingin menyatakan..sebagai golongan yg mendiami usia akhir remaja dan awal dewasa..dunia kita baru sahaja hendak bermula.bila dikatakan baru..cubaan dan dugaannya masih ringan dan tidak berat mana.usahlah kita beratkan perjuangan yg baru hendah bertatih ini dengan cabaran yg menuntut kita utk terus memecut dan menghabiskan tenaga yg perlu disimpan utk kembara yg masih jauh.

mungkin ada juga yg berbunyi..

"ala..itu ulama'.memanglah kehidupan mereka telahpun terjamin.kita ni kan sekadar manusia biasa je.mana la mampu.."

jawapan sy..ya,betul.sy mengakui alasan itu.tp suka nak coretkan..kalau bkn kehidupan ulama' dan para nabi dijadikan sbg rujukan hidup..nak rujuk siapa lagi.sememangnya kita tidak dpt utk mencontohi kehidupan mereka 100%..sy mengakui hakikat itu.tetapi setidak-tidaknya kita cuba utk mencontohi.kalau tidak semua..hampir semua pun sudah memadai.dlm islam..

"ma la yudraku kulluhu,la yutraku kulluhu"
maksudnya..
"apa yg tidak mampu dilaksanakan semuanya,jgn ditinggalkan semuanya"

memetik kalam seorang lg guru sy di bumi Mesir ni..

"kita tidak perlu susah payah utk memikirkan perkara2 yg telah ditetapkan oleh Allah kepada kita.lambat atau cepat..sedikit atau banyak..kita tetap akan memperolehinya kerana ia sememangnya sesuatu yg telah dijanjikan oleh Allah Taala kepada kita.sbg contoh..rezeki,perkahwinan dan beberapa lg yg sy sudah lupa.fikirkan sekadarnya sudah memadai..tidak perlu khuatir kerana Allah telah menjanjikannya.dan yg perlu kita fikir sedalam-dalamnya malah perlu kita bimbang sebimbang-bimbangnya ialah ketentuan dan ketetapan Allah kepada imannya kita dan islamnya kita.adakah kita akan mati nanti dlm keadaan Iman dan Islam?syurga mahupun neraka tempat kita di akhirat nanti?adakah semua perkara yg kita buat..ibadah dan amal soleh kita akan diterima dan diredhai oleh Allah?atau sekadar penat lelah dan meletihkan tubuh badan sahaja?itu la yg perlu lebih kita fikirkan dan kita risaukan.

sebagai remaja dan golongan yg meningkat dewasa..begitulah yg dpt sy rumuskan berdasarkan pengalaman dan pengetahuan sy yg cetek ini.sy rasa sy juga x menjawab soalan2 kalian kerana dr dalam hati sy,sy mengakui sy sendiri masih belum mampu memberikan jawapan.semoga kita dpt jd remaja yg boleh meneruskan kesinambungan perjuangan para pejuang Islam dan menjadikan kehidupan mereka sbg contoh dan panduan hidup kita.tidak salah utk tidak memikirkan perkara2 seperti ini tetapi perkara yg besar dan tanggungjawab yg berat masih menanti utk kita laksanakan.usahlah membebankan diri dan perjuangan Islam yg perlu kita pikul dgn hal2 seumpama ini.bertuahlah remaja yg mampu memikirkan dan melakukan hal2 luar dr kebiasaan remaja biasa dan mampu menajamkan fikiran ke arah level pemikiran luar biasa..

ayyuha as-syabab..tawajjah ila al-amam!!

p/s : da lame nk post sebenarnya..baru kali ni boleh dipostkan..